nuffnanG

TERKINI!!!!

TAWARAN !!! Pergi UMRAH hanya dengan RM1,400.00 sahaja Hanya perkenalkan 7 orang rakan yg turut berminat untuk pergi Umrah, anda akan mendapat UMRAH PERCUMA !!! Sila hubungi En Zahid di talian 017-6600056

Monday 6 August 2012

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semoga al-quran sentiasa menjadi panduan hidup kita semua...
Insyaallah...

&

Semoga lebih tabah menjalani Ramadhan yang hampir ke penghujung ini...
 

Wednesday 22 February 2012

:: RAGUT OH RAGUT....

 


Ini kisah peragut malang yang berjaya ditangkap sewaktu cubaan meragut seorang wanita di Pandan Indah sekitar jam 6.30 - 7.00pm.. gambar video ini sempat saya rakam ketika melalui kawasan tersebut dan pd masa itu peragut telah pun selamat di'belasah' dan di'gari' oleh orang ramai sementara menunggu ketibaan pihak polis...
Harap video ini dapat menjadi iktibar kepada kita dan berhati2 dengan suspek tersebut..
Jadi bila lagi anda semua ingin mendapatkan perlindungan RAGUT...
Jadi inilah masanya untuk anda mengambil langkah bijak dengan
'Melindungi diri anda dengan Insurans
PERSONAL GUARD'
Beringat sebelum kena.. Dah terkena tak boleh nak buat ape..

Berminat boleh hubungi En Zahid 0176600056...

Tuesday 17 January 2012

:: GARAM BULUH ::

Sakit Jantung
Kolestrol
Kencing Manis

Demam Denggi
Darah Tinggi


Gout
Batu Karang
Buah Pinggang
Dari Abdullah Bin Umar " Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam"
Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .
" Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "Hadis riwayat Al – Bazzar Rasulullah pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum & makan. Baginda berkata "Sesiapa yang memulakan minum & makan dengan memakan secubit garam ALLAH akan hindarkan 330 jenis penyakit , yang paling kurang ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh ALLAH sahaja."


GARAM BULUH adalah 100% garam organik yg diformulasikan
berasaskan cara tradisional org Korea. Garam tersebut diambil dari pantai barat
di Korea yang bebas pencemaran dan dimasukkan ke dalam buluh yg usianya
melebihi 3 tahun. Ditutup dengan tanah liat dan dibakar di dlm relau antara
1000-1500 darjah celcius dgn menggunakan pokok pine. Suhu yg tinggi
menyingkirkan logam berat dan kekalkan kandungan khasiat dalam garam. Dlm pada
yg sama, ia menyerap semua elemen mikro dan kesan perubatan buluh. Proses ini meningkatkan kandungan mineral garam buluh. Perubatan kajian membuktikan bahawa, 80% penyakit kronik dapat dicegah jika kandungan natrium dan kalium adalah seimbang. 

PH tubuh badan manusia yg sihat adalah antara 7.35-7.45 dan bersifat alkali lemah. Didapati, tubuh manusia yg berada di kawsn bandar, bersifat asid. Garam buluh yang bersifat alkali ini dpt seimbangkan ph badan.

Garam yg sihat adalah GARAM BULUH.
Garam yg kurang sihat adalah garam natrium.
Bertukarlah kepada cara makan yang lebih sihat. GARAM BULUH bersifat alkali dpt seimbangkan PH badan kita supaya cenderung kpd beralkali lemah. Ia sgt sesuai pd mereka yg ada darah tinggi, kencing manis dan masalah penyakit yg lain kerana garam adalah sumber bahan perasa yg digunakan dlm makanan kita.

GARAM PUTIH

sifat garam putih ( yg kita guna sekarang):

1. bersifat asid
2. 99% kandungan adalah natrium klorida (kimia)
3. pengambilan berlebihan menyebabkan tekanan darah tinggi
4. bersifat oksida

sifat garam buluh:
1. bersifat alkali
2. 100% adalah organik
3. tiada kesan sampingan
4. bersifat anti oksida

CAR STERILLIZER



Adakah kita sedar akan pencemaran dalam kereta?

Mengikut Laporan In-Car Air Polution daripada International Center for Technology (CTA), tahap pencemaran udara dalam kenderaan mgkin lebih serius berbanding udara di luar. Bahan-bahan pencemar udara seperti VOC (volatile Organic Compounds) iaitu bahan2 organic yg meruap. VOC memedihkan mata, hidung, kerongkong, peparu dan mengancancam kesihatan. VOC juga hadir dalam kereta baru spt penggunaan gam, cat, vinil, dan plastik dlm kereta. (Sumber: Hidden Poisons in New Cars, Utusan Konsumer Nov-Dis 2005) Hasil Teknologi ColdPlasma iaitu menggabungkan ion dan ozon telah diaplikasikan dalam BioZone car sterillizer dicipta untuk memperbaiki udara dalam kereta.
TERKINI, TERBAIK & TERMURAH...
Sertai KEMPEN TUKAR GARAM.. Gantikan GARAM KIMIA(BERASID) kepada GARAM BULUH(BERALKALI)
hanya RM181 SAHAJA..
Sila hubungi En. Zahid Abdul Jalil 0176600056

:: KEMALANGAN JALAN RAYA ::


Jika anda atau seseorang yang dikenali terlibat di dalam kemalangan jalanraya, adalah penting untuk bertenang dan tidak merasa cemas. Langkah-langkah berikut mungkin boleh membantu.


Sila bertenang dan jangan cemas.
Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.
Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda
dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.

Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat
sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan,
jika ada, akan membantu).
Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful
masing-masing.
Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan
kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.

Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut
akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat insurans/
pengendali takaful anda atau nombor“hotline” kemalangan syarikat
tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang
sepatutnya.
Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.

Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda
dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang
tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin
akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali
takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.

Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan
yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat
insurans/ pengendali takaful anda.


Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan, anda boleh membuat sama
ada tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga. Bagi tuntutan kerosakan
sendiri, hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful anda dengan segera
untuk mendapatkan nasihat mereka.

Jika syarikat insurans anda mencadangkan atau menghendaki kerja pembaikan
dilakukan di bengkel panel yang diluluskan, hantar kenderaan anda seperti yang
dinasihatkan. Syarikat insurans atau pengendali takaful anda akan menolak tuntutan
jika kenderaan anda tidak dihantar ke bengkel yang diluluskan mereka. Syarikat
insurans anda akan menghantar pelaras kerugian untuk menilai kerosakan kenderaan
anda sebelum membenarkan kerja baik pulih dijalankan.

 p/s: Jika berlaku kemalangan sila hubungi En. Zahid 017-6600056
untuk sebarang bantuan.

Sumber: Infoinsurance

Friday 13 January 2012

:: BANJIR DAN INSURANS?? ::




 Musim hujan lebat di negara ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemilik kenderaan tentang risiko kenderaan mereka ditenggelami air banjir. Walaupun telah mengambil langkah berjaga-jaga seperti tidak meletak kenderaan di tempat letak kereta yang rendah dan sering dinaiki air serta mengelak daripada melalui kawasan yang sering dilanda banjir semasa hujan lebat, namun kenderaan masih juga boleh ditenggelami air banjir. Oleh itu, kita selalu tertanya-tanya sama ada kita boleh membuat tuntutan insurans bagi kerosakan yang diakibatkan oleh banjir.

Secara amnya, polisi insurans kereta komprehensif memberikan pampasan bagi musibah seperti kerosakan atau kehilangan kenderaan akibat kemalangan, kebakaran mahupun kecurian. Akan tetapi, kerosakan akibat banjir atau apa-apa rentetan daripada banjir dianggap sebagai bencana alam dan kerosakan kenderaan akibatnya disenaraikan sebagai risiko yang TIDAK dilindungi oleh polisi insurans kenderaan. Antara kerosakan atau kehilangan akibat banjir yang tidak dilindungi ialah:

  • kerosakan terhadap kenderaan yang ditenggelami banjir
  • kehilangan kenderaan akibat hanyut semasa banjir
  • kebakaran dan letupan kenderaan akibat dimasuki air banjir
  • kemalangan terhadap kenderaan dengan objek yang dihanyutkan air banjir seperti batang pokok
Selain banjir, bencana alam lain yang tidak dilindungi termasuklah:

  • gempa bumi dan situasi rentetan daripadanya seperti ombak besar/tsunami,
  • tanah runtuh (dan rentetannya seperti letupan gas atau kebakaran akibat gangguan elektrik berikutan tanah runtuh), dan
  • ribut petir (dan rentetannya seperti kerosakan akibat kenderaan dipanah petir semasa ribut).
Walau bagaimanapun, pemilik kenderaan boleh membeli perlindungan tambahan terhadap kerosakan atau kehilangan akibat banjir dengan membeli perlindungan tambahan semasa membeli polisi insurans kenderaan mereka. Perlindungan ini juga terpakai untuk risiko bencana alam yang lain seperti gempa bumi, tanah runtuh dan ribut petir.

Perlindungan tambahan ini dikenakan caj premium tambahan sebanyak 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan. Sebagai contoh, sekiranya kenderaan diinsuranskan sebanyak RM50,000, pemilik kenderaan akan dikenakan premium tambahan sebanyak RM250. Pemilik kenderaan juga boleh membuat pengiraan anggaran jumlah premium untuk perlindungan tambahan bagi banjir dengan menggunakan kalkulator premium yang terdapat di laman sesawang ini.
Sumber: infoinsurans