nuffnanG

TERKINI!!!!

TAWARAN !!! Pergi UMRAH hanya dengan RM1,400.00 sahaja Hanya perkenalkan 7 orang rakan yg turut berminat untuk pergi Umrah, anda akan mendapat UMRAH PERCUMA !!! Sila hubungi En Zahid di talian 017-6600056

Friday 13 January 2012

:: BANJIR DAN INSURANS?? ::




 Musim hujan lebat di negara ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemilik kenderaan tentang risiko kenderaan mereka ditenggelami air banjir. Walaupun telah mengambil langkah berjaga-jaga seperti tidak meletak kenderaan di tempat letak kereta yang rendah dan sering dinaiki air serta mengelak daripada melalui kawasan yang sering dilanda banjir semasa hujan lebat, namun kenderaan masih juga boleh ditenggelami air banjir. Oleh itu, kita selalu tertanya-tanya sama ada kita boleh membuat tuntutan insurans bagi kerosakan yang diakibatkan oleh banjir.

Secara amnya, polisi insurans kereta komprehensif memberikan pampasan bagi musibah seperti kerosakan atau kehilangan kenderaan akibat kemalangan, kebakaran mahupun kecurian. Akan tetapi, kerosakan akibat banjir atau apa-apa rentetan daripada banjir dianggap sebagai bencana alam dan kerosakan kenderaan akibatnya disenaraikan sebagai risiko yang TIDAK dilindungi oleh polisi insurans kenderaan. Antara kerosakan atau kehilangan akibat banjir yang tidak dilindungi ialah:

  • kerosakan terhadap kenderaan yang ditenggelami banjir
  • kehilangan kenderaan akibat hanyut semasa banjir
  • kebakaran dan letupan kenderaan akibat dimasuki air banjir
  • kemalangan terhadap kenderaan dengan objek yang dihanyutkan air banjir seperti batang pokok
Selain banjir, bencana alam lain yang tidak dilindungi termasuklah:

  • gempa bumi dan situasi rentetan daripadanya seperti ombak besar/tsunami,
  • tanah runtuh (dan rentetannya seperti letupan gas atau kebakaran akibat gangguan elektrik berikutan tanah runtuh), dan
  • ribut petir (dan rentetannya seperti kerosakan akibat kenderaan dipanah petir semasa ribut).
Walau bagaimanapun, pemilik kenderaan boleh membeli perlindungan tambahan terhadap kerosakan atau kehilangan akibat banjir dengan membeli perlindungan tambahan semasa membeli polisi insurans kenderaan mereka. Perlindungan ini juga terpakai untuk risiko bencana alam yang lain seperti gempa bumi, tanah runtuh dan ribut petir.

Perlindungan tambahan ini dikenakan caj premium tambahan sebanyak 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan. Sebagai contoh, sekiranya kenderaan diinsuranskan sebanyak RM50,000, pemilik kenderaan akan dikenakan premium tambahan sebanyak RM250. Pemilik kenderaan juga boleh membuat pengiraan anggaran jumlah premium untuk perlindungan tambahan bagi banjir dengan menggunakan kalkulator premium yang terdapat di laman sesawang ini.
Sumber: infoinsurans



No comments:

Post a Comment