nuffnanG

TERKINI!!!!

TAWARAN !!! Pergi UMRAH hanya dengan RM1,400.00 sahaja Hanya perkenalkan 7 orang rakan yg turut berminat untuk pergi Umrah, anda akan mendapat UMRAH PERCUMA !!! Sila hubungi En Zahid di talian 017-6600056

Tuesday 3 January 2012

:: PENTING ~ KECURIAN IDENTITI ::

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) dalam usaha mendidik konsumer bijak, mengesa orang ramai supaya lebih perihatin terhadap jenayah kecurian identiti atau identity theft.
CFM melalui program pendidikan konsumernya, berusaha untuk meningkatkan kesedaran dan pendidikan orang awam, khususnya konsumer komunikasi & multimedia. Salah satu risalah pendidikan konsumer CFM yang bertajuk “lindungi maklumat peribadi anda: ianya berharga” atau “protect your personal information: its valuable” menerangkan bertapa pentingnya untuk menjaga maklumat peribadi beserta tips tips berguna sebagai panduan.
“palang ‘untuk kegunaan CIMB sahaja contohnya’ salinan kad pengenalan, passpot atau kad kredit anda jika urusniaga tersebut memerlukan salinan identiti anda” Ulas Pengarah Eksekutif CFM, Mohamad Tahir Mohamad Noor.
Beliau menambah “laman web rangkaian social contohnya, para remaja mahupun orang dewasa tidak sedar bahawa maklumat maklumat peribadi seperti alamat rumah dan nombor telefon yang disiarkan pada laman web tersebut berpotensi mengundang bahaya yang seterusnya menjadi kes kes jenayah”
CFM ada menerima aduan berkenaan kes kes penipuan yang melibatkan ‘kecurian identiti’ atau identity theft yang berakhir dengan kerugian wang ringgit dan harta benda. Mendaftar perkhidmatan komunikasi dan multimedia dengan niat fraud adalah menjadi satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 232, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa denda sehingga RM300,000 atau sehingga 3 tahun penjara atau kedua-duanya.


No comments:

Post a Comment