nuffnanG

TERKINI!!!!

TAWARAN !!! Pergi UMRAH hanya dengan RM1,400.00 sahaja Hanya perkenalkan 7 orang rakan yg turut berminat untuk pergi Umrah, anda akan mendapat UMRAH PERCUMA !!! Sila hubungi En Zahid di talian 017-6600056

Tuesday 17 January 2012

:: KEMALANGAN JALAN RAYA ::


Jika anda atau seseorang yang dikenali terlibat di dalam kemalangan jalanraya, adalah penting untuk bertenang dan tidak merasa cemas. Langkah-langkah berikut mungkin boleh membantu.


Sila bertenang dan jangan cemas.
Jika ada sesiapa yang tercedera, telefon 999 untuk bantuan.
Jika tidak ada sebarang kecederaan, alihkan kenderaan anda
dari aliran trafik ke tempat yang selamat, jika boleh.
Catatkan nama dan alamat pemandu-pemandu lain yang terbabit.
Catatkan model dan nombor pendaftaran kenderaan lain yang terlibat.
Catatkan nama dan alamat saksi-saksi, sekiranya ada.

Buat lakaran kasar tentang kemalangan dan lokasi kenderaan terlibat
sejurus sebelum dan selepas kemalangan (Gambar mengenai kemalangan,
jika ada, akan membantu).
Bertukar maklumat mengenai nama syarikat insurans/pengendali takaful
masing-masing.
Jangan berbincang tentang siapa yang bersalah. Ini mungkin menimbulkan
kesulitan dalam mengendalikan tuntutan anda.

Jika kenderaan anda perlu ditunda, pastikan bahawa kenderaan tersebut
akan dihantar ke bengkel yang betul. Hubungi syarikat insurans/
pengendali takaful anda atau nombor“hotline” kemalangan syarikat
tersebut bagi mendapatkan maklumat tentang bengkel kenderaan yang
sepatutnya.
Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.

Laporkan kemalangan kepada syarikat insurans/pengendali takaful anda
dengan segera, walaupun anda tidak berniat untuk membuat sebarang
tuntutan. Pihak ketiga yang terlibat dalam kemalangan tersebut mungkin
akan membuat tuntutan insurans daripada syarikat insurans/pengendali
takaful anda dan akan menyebabkan kehilangan NCD anda.

Isikan borang tuntutan dengan lengkap dan masukkan maklumat tambahan
yang berkaitan. Jika ada sebarang keraguan, dapatkan nasihat dari syarikat
insurans/ pengendali takaful anda.


Sekiranya kenderaan anda mengalami kerosakan, anda boleh membuat sama
ada tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga. Bagi tuntutan kerosakan
sendiri, hubungi syarikat insurans atau pengendali takaful anda dengan segera
untuk mendapatkan nasihat mereka.

Jika syarikat insurans anda mencadangkan atau menghendaki kerja pembaikan
dilakukan di bengkel panel yang diluluskan, hantar kenderaan anda seperti yang
dinasihatkan. Syarikat insurans atau pengendali takaful anda akan menolak tuntutan
jika kenderaan anda tidak dihantar ke bengkel yang diluluskan mereka. Syarikat
insurans anda akan menghantar pelaras kerugian untuk menilai kerosakan kenderaan
anda sebelum membenarkan kerja baik pulih dijalankan.

 p/s: Jika berlaku kemalangan sila hubungi En. Zahid 017-6600056
untuk sebarang bantuan.

Sumber: Infoinsurance

No comments:

Post a Comment